logo_lkpim

Program Sumbangan Zakat

Program Sumbangan Ramadhan kepada asnaf dan ibu tunggal merupakan program tahunan dalam taqwim LKPIM Kedah sejak bertahun yang lalu. Penyampaian sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak memberi semangat dan sinar kepada golongan kurang berkemampuan berbelanja semasa Ramadhan ataupun persediaan menyambut Syawal. Program ini bukan sahaja meringankan beban penerima malahan dapat memberi ketenangan kepada pemberi. Semua jawatankuasa akan berusaha mengumpulkan dana dari kalangan ahli-ahli, orang perseorangan dan syarikat-syarikat korporat. Sumbangan disampaikan pada 16 April 2023 bersamaan 25 Ramadhan 1444 kepada 30 orang asnaf dan ibu tunggal. Sumbangan yang dikumpul juga diagihkan kepada semua daerah-daerah untuk disalurkan sendiri atau ke cawangan masing-masing.