logo_lkpim

Program Sumbangan Berbuka Puasa

LKPIM Kedah tidak ketinggalan meneruskan aktiviti yang menjadi tradisi setiap kali datangnya Ramadhan iaitu pengagihan bubur lambuk. Pada tarikh 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadhan 1445 bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, (HSB) diadakan Program Sumbangan Berbuka Puasa. Jawatankuasa LKPIM Kedah menyediakan bubur lambuk dan air kotak yang telah dipek untuk setiap individu. Jawatankuasa LKPIM Kedah mengagihkan sendiri sumbangan tersebut kepada kakitangan HSB, pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sokongan. Sebanyak 350 bungkus bubur lambuk dan 350 kotak minuman berjaya diagihkan pada hari tersebut dengan bantuan Badan Kebajikan Islam HSB.