Program Sumbangan Ramadhan kepada asnaf dan ibu tunggal merupakan program tahunan dalam taqwim LKPIM Kedah sejak bertahun yang lalu. Penyampaian sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak memberi semangat dan sinar kepada golongan kurang berkemampuan berbelanja semasa Ramadhan ataupun persediaan menyambut Syawal. Semua jawatankuasa akan berusaha mengumpulkan dana dari kalangan ahli-ahli, orang perseorangan dan syarikat-syarikat korporat. Sumbangan disampaikan pada 4 April 2024 kepada 30 orang asnaf dan ibu tunggal.


