7 September 2024 Hari Keluarga LKPIM Kedah telah diadakan di Anjung Kuala, Kuala Kedah. Pada tahun ini tuan rumah untuk program ini adalah daerah kota setar. Daerah kota setar menyusun atur semua permainan dengan hadiah disediakan oleh pihak Negeri. Semua daerah turut serta. Pelbagai acara diadakan untuk ahli-ahli dan juga kepada kanak-kanak. Pada hari ini juga diadakan pertandingan aspek wanita seperti gubahan.


