

Pada 17 April 2023 bersamaan 26 Ramadhan 1444 diadakan Program Solat Tasbih berjemaah. Solat Tasbih merupakan solat sunat yang disyariatkan. Adapun solat ini adalah lebih utama dilakukan secara bersendirian, pihak LKPIM Kedah mengadakan secara berjemaah untuk membantu semua dalam melakukan ibadah ini dengan betul dan sempurna serta menyampaikan maklumat kelebihan-kelebihan solat Tasbih supaya semua mendapat penghayatan yang lebih ketika menunaikan solat ini. Sebelum solat, diadakan sedikit tazkirah diketuai oleh Ustazah yang merupakan ahli LKPIM Kedah.